26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

12,000 jemaah disasar ikut pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ telah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah ke Tanah Suci dan jumlahnya dijangka meningkat kepada lebih 41,000 pada tahun ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ) menyasarkan seramai 12,000 jemaah menggunakan pakej pembiayaan umrah patuh syariah yang diperkenalkan menerusi kerjasama strategik dengan AmBank Islamic, tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif EMRAZ, Datuk Dr. Zulkarnain Endut berkata, tahun lalu, EMRAZ telah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah ke Tanah Suci dan jumlahnya dijangka meningkat kepada lebih 41,000 pada tahun ini.

Menurut beliau, pihaknya mengalu-alukan kesediaan AmBank Islamic mengadakankerjasama dengan ejen umrah berlesen seperti EMRAZ untuk menawarkan pakej pembiayaan yangpertama seumpamanya.

“Kerjasama ini selari dengan kempen #EMRAZuntuksemua yang berhasrat membantu lebih ramai umat Islam dapat berkunjung ke Tanah Suci terutamanya ketika berlakunya peningkatan kostambang penerbangan dan juga hotel.

“Kami berharap kerjasama ini dapat mengurangkan beban kewangan bakal jemaah bagi menunaikan umrah dengan adanya pembiayaan yang mudah dan menyenangkan,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Memeterai MoU Pembiayaan Umrah AmBank Islamic danEMRAZ Travel & Tour di Kuala Lumpur hari ini.

Baca juga:   25 pemain jalani kem latihan pusat, 13 dari JDT

Turut hadir pada majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee Muhammad dan Ketua Pegawai Operasi EMRAZ, Shahrul Izuan.

Pakej pembiayaan ini merupakan antara usaha menambah baik produk dan perkhidmatan EMRAZ yang berhasrat untuk muncul sebagai syarikat agensi pelancongan terkemuka di Malaysia.

Mengulas lanjut Dr Zulkarnain berkata, pakej pembiayaan umrah yang dilancarkan itu direka khas untuk pelanggan bukan sahaja termasuk kakitangan awam tetapi juga kakitangan syarikat senaraian awam terpilih.

Baca juga:   Surat terbuka Hadi khas buat jemaah haji, umrah tak mengundi

“Jika sebelum ini peluang mereka menunaikan umrah agak sukar kerana terpaksa terlebih dahulu mengumpul sejumlah wang namun dengan adanya pembiayaan ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban tersebut,” katanya.

Di bawah kerjasama pakej pembiayaan yang ditawarkan melalui EMRAZ, mereka yang berminat boleh memohon tawaran Pembiayaan Peribadi Islam AmBank sehingga RM250,000 dengan tempoh fleksibel sehingga 10 tahun selain menjadi pelanggan Kad Kredit-i AmBank Baharu akan menikmati kadar sifar peratus yang menarik (pelan Ansuran QuickCash) untuk pengeluaran pertama sebanyak RM15,000.

EMRAZ menawarkan pakej umrah dari serendah RM5,990 hingga ke pelbagai pakej yang boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keperluan pelanggan bakal jemaah yang ingin menunaikan ibadah tersebut.

Dr Zulkarnain berkata, EMRAZ akan terus menerokai peluang-peluang untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan terbaharu yang dapat memberikan manfaat kepada pelanggan sedia ada dan juga menarik lebih ramai pelanggan.

Baca juga:   16 kluster tercetus daripada jemaah umrah - Noor Hisham

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan