30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

EMRAZ meterai MoU dengan Abu Sarhad dari Arab Saudi

Kerjasama strategik ini membolehkan EMRAZ dengan kerjasama Abu Sarhad menawarkan pengalaman menunaikan ibadah umrah tanpa diragui tentang tahap kualiti perkhidmatan dan penyediaan kemudahan sewaktu berada di Mekah atau Madinah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMRAZ Group (EMRAZ), kumpulan syarikat EMRAZ, telah memeterai
memorandum persefahaman (MOU) dengan Abu Sarhad Group (Abu Sarhad) bagi menjalin kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk Umrah dan Pelancongan.

Abu Sarhad merupakan sebuah syarikat terkemuka di Arab Saudi yang mempunyai pengalaman selama lebih 40 tahun dalam industri pengangkutan, pembuatan dan juga penyedia serangkaian luas perkhidmatan termasuk umrah.

Pemeterian MoU ini yang diadakan baru-baru ini di sebuah pusat perdagangan di Shah Alam disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif EMRAZ, Datuk Dr. Zulkarnain Endut bagi pihak EMRAZ dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Umrah dan Haji Abu Sarhad, Saeed Omar Bahashwan.

Kerjasama strategik ini membolehkan EMRAZ dengan kerjasama Abu Sarhad
menawarkan pengalaman menunaikan ibadah umrah tanpa diragui tentang tahap kualiti perkhidmatan dan penyediaan kemudahan sewaktu berada di Mekah atau Madinah.

Advertisements

Dr. Zulkarnain berkata, pihaknya teruja untuk memulakan perjalanan luar biasa ini dengan Abu Sarhad yang dijangka mengendalikan keperluan 5,000 orang jemaah umrah EMRAZ ketika mereka menunaikan ibadah tersebut.

“Kerjasama ini juga membuka peluang baharu kepada kedua-dua kumpulan syarikat untuk menerokai prospek perniagaan yang baharu bukan hanya di antara Saudi Arabia dan Malaysia tetapi juga negara jiran seperti Indonesia.

Tambah Dr. Zulkarnain, pihaknya akan memanfaatkan pengalaman, kepakaran, dan sumber daripada kedua-dua pihak untuk menambah baik kualiti perkhidmatan Umrah dan mengangkat reputasi syarikat pada tahap lebih tinggi dalam industri.

Sementara itu, Saeed Omar pula berkata, Abu Sarhad sebagai sebuah syarikat yang dikenali di Saudi Arabia gembira dapat menjalin kerjasama dengan EMRAZ sekali gus bakal memberi manfaat bersama yang lebih besar pada masa akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan