34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bantuan diberi kepada semua tanpa mengira parti politik – Arul Kumar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“YA, saya seorang berbangsa India, tetapi sepanjang lima tahun ini, semua bantuan diberi kepada semua tanpa mengira parti politik,”kata calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, J Arul Kumar.

Katanya yang merupakan penyandang DUN berkenaan selama dua penggal berkata, semasa beliau berada dalam kerajaan dan menjadi wakil rakyat kerajaan di DUN NIilai, banyak pihak telah dibantu.

“Saya membantu dan memberikan perkhidmatan kepada semua tanpa mengira sebarang latar belakang, bangsa kaum, agama ataupun latar belakang mahupun parti politik.

“Sekolah mana yang perlu dibantu, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Menengah, Sekolah Agama, kita bantu ikut keperluan mereka.

“Kita cuba bantu bukan sahaja daripada ADUN, saya cuba dapatkan peruntukan daripada Menteri Besar, kita cuba dapatkan peruntukan Projek Mesra Rakyat daripada Ahli Parlimen seremban, untuk kita salurkan kepada semua sekolah,”katanya.

Jelasnya lagi, DUN Nilai ini, satu-satunya DUN yang mempunyai jumlah sekolah yang banyak dengan hampir kesemua 18 buah sekolah di DUN ini telahpun dibantu.

Advertisements

“Sama juga dengan rumah –rumah ibadat, masjid, surau, rumah-rumah ibadat bukan Islam. Bukan itu sahaja ketika bulan Ramadan kita bagi juga peruntukan kepada semua.

“Masa perayaan bukan sahaja saya kita buat ketika Deepavali ataupun Tahun Baru Cina, tapi Hari Raya Aidilfitri pun kita bantu.

“Jika diimbas kembali ketika pandemik COVID-19, pasukan kita juga bertungkus lumus menghantar baucar, hantar bakul makanan, hantar barangan keperluan asas dari rumah ke rumah yang memerlukan.

“Dapat sahaja WhatApps, kita tidak lihat itu Melayu ke, itu Cina ke, itu India ke, itu orang UMNO ke, itu orang PAS ke. Semuanya dibantu sama rata.

“Dalam erti kata lain, saya wakil rakyat kepada semua bangsa di DUN Nilai dan jika diberi peluang sekali lagi, saya ingin berkhidmat dengan sebaik-baiknya,”katanya.

Calon PH itu akan berdepan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Gan Chee Biow pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan