26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Jambatan di Batang Benar antara usaha calon PH Nilai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DALAM tempoh lima tahun diberi mandat sebagai wakil rakyat sebelum ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, pembinaan jambatan bagi menaik taraf infrastruktur seperti di kawasan luar bandar seperti Batang Benar antara menjadi keutamaan J. Arul Kumar.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata, dua jambatan baharu telah dan sedang dibina di kawasam Batang Benar.

“Ia melibatkan jambatan baru di Kampung Batang Benar Hilir yang telah siap dan jambatan di jalan utama Kampung Batang Benar sedang dibina.

“Tambahan pula, peruntukan RM 8 juta juga telah diluluskan untuk pembinaan jambatan baru atas landasan keretapi dari Kampung Batang Benar ke Nilai 7.

Advertisements

“Malah, sebulan lepas semua kelulusan dari RAC dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) juga telah diterima dan akan dimulakan projek tersebut,”katanya.

Ujar beliau lagi, sepanjang beberapa tahun ini hampir semua kawasan perumahan di Batang Benar seperti Taman Melur, Taman Mutiara, Taman Dahlia, Rumah Rakyat Batang Benar dan Taman Teratai telah diturap jalan secara sepenuhnya dan beberapa aduan telah selesai.

“Inilah usaha yang saya ambil sepanjang lima tahun ini sebagai ADUN kerajaan dan saya akan meneruskan lagi sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat di Nilai pada pilihan raya negeri kali ini,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Berbaki lagi seminggu, J. Arul Kumar meneruskan kempen dengan bersarapan di gerai makanan Batang Benar dan menyantuni penduduk di sekitar Batang Benar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan