27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PM mohon maaf kepada warga Taman Medan, Dusun Tua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada warga Taman Medan dan Dusun Tua atas ketidakhadiran beliau ke Jelajah Perpaduan Madani yang diadakan di kedua-dua lokasi itu Khamis lalu.

Menerusi hantaran di Twitter, Anwar berkata, beliau tidak dapat hadir di kedua-dua lokasi itu kerana perlu menyantuni dan meraikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula 2 Ogos lepas.

“Insya-Allah pada Ahad ini saya akan turun padang ke Taman Medan pada pukul 9 malam esok (Ahad), diikuti Ampang (10 malam) dan Hulu Kelang (11 malam).

“Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor,”kata Anwar.

Advertisements

Khamis lepas Anwar asalnya dijadualkan menghadiri ceramah umum Perpaduan di Taman Medan pada pukul 10 malam dan Dusun Tua (11 malam) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Namun disebabkan Sultan Hassanal menjadi tetamu negara, Anwar menjadi hos makan malam sempena meraikan kehadiran ketua negara Brunei itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan