28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

UMNO arah tidak keluarkan senarai ahli kononnya keluar parti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO telah mengeluarkan arahan kepada ibu pejabat agar nama pemimpin dan ahli yang tersenarai dalam kenyataan media kononnya telah keluar parti itu untuk bersama Muafakat Nasional (MN) dan Pas, tidak dikeluarkan sewenangnya sehinggalah disiasat dan diteliti.

Perkara tersebut dinyatakan Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Katanya, arahan itu dibuat kerana ada antara mereka telah menafikan berbuat demikian sebagaimana diumumkan Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa.

“Semalam, kononnya disenaraikan ahli-ahli UMNO yang keluar parti. Hari ini seorang demi seorang buat penafian dan tidak tahu menahu nama mereka dimasukkan dalam senarai.

“Sebab itulah selaku Setiausaha Agung UMNO, saya telah mengarahkan ibu pejabat untuk tidak sewenangnya mengeluarkan nama mereka yang tersenarai dalam kenyataan media semalam daripada senarai keahlian UMNO sehinggalah disiasat dan diteliti agar tidak menzalimi mana-mana pihak.

“Sudah menjadi lumrah politik cara lama, setiap kali menjelang pilihan raya, maka akan ada pengisytiharan keluar parti atau masuk parti sebagai salah satu kaedah perang psikologi,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, seorang AJK Wanita Bahagian Ketereh, Wan Rosmah Husin menafikan dirinya turut keluar UMNO.

Malah beliau tidak tahu menahu namanya turut tersenarai dalam barisan kepimpinan UMNO Ketereh yang keluar parti itu secara beramai-ramai.

Ujarnya, beliau masih ahli UMNO dan sedang sibuk membantu calon DUN Melor, Azmi Ishak berkempen sempena Pilihan Raya Negeri sekarang.

Semalam, kepimpinan jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai dan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta, selain memberi sokongan kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Annuar dilaporkan berkata, kepimpinan itu terdiri daripada Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Ketereh, Kamaruddin Said bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Ketereh, Sabariah Hamzah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Afiq Amani Annuar.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan