27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Lesen Emraz Travel digantung enam bulan – Motac

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menggantung lesen agensi pelancongan, Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. selama enam bulan berkuat kuasa Isnin ini.

Motac berkata, penggantungan itu selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di bawah subseksyen 8(1)(d) iaitu telah menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

Katanya, penggantungan yang diputusakan Menteri, Datuk Seri Tiong King Sing akan berkuat kuasa sehingga 9 Januari tahun hadapan.

“Dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat tidak boleh mengurus niagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini turut bertindak menggantung lesen Emraz Travel and Tours Sdn. Bhd. susulan beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat tersebut.

Katanya, dalam tempoh penggantungan, syarikat dikehendaki memulangkan semula bayaran jemaah umrah.

Selain itu, syarikat perlu memulangkan sebarang dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan dengan syarikat serta membuat penjadualan semula penerbangan umrah yang tertangguh.

“Sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan