31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Cadang feri Puteri Harbour ke Singapura – MB Johor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN feri yang menghubungkan Malaysia dan Singapura dari Puteri Harbour bakal diwujudkan sebagai alternatif kesesakan trafik di Tambak Johor dan Link Kedua.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cadangan tersebut dibincangkan ketika pertemuannya dengan Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran hari ini.

“Pelbagai perkara yang dibincangkan termasuklah penyelesaian isu kesesakan trafik di Tambak Johor dan Link Kedua, dan bagaimana aliran trafik boleh disepadukan dengan lebih teratur di kedua-dua negara.

“Selain itu, kami turut membincangkan cadangan mewujudkan perkhidmatan feri dari Puteri Harbour ke Singapura, bagi menambah kemudahan pengangkutan awam antara Johor dan Singapura,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Onn Hafiz berkata, jika hasrat itu dapat direalisasikan, sudah tentu ia mampu mengurangkan kebergantungan kepada jalan darat.

Selain itu, katanya, ia dapat meningkatkan kesaling hubungan yang bukan sahaja penting untuk logistik perniagaan, tetapi juga hubungan sesama rakyat kedua-dua negara.

“Semoga segala perkara yang direncanakan akan membuahkan hasil yang sudah pasti mampu memberi manfaat kepada Johor dan juga Singapura. Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan