29 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 26, 2024

Beri wang ehsan RM1,000 kepada rakyat Terengganu – Ku Li

Mesti Baca

BEKAS Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kepada kerajaan Pusat agar menyalurkan wang ehsan daripada royalti minyak yang diterima oleh Terengganu terus kepada seluruh rakyat negeri ini.

Pengasas Petronas itu berkata, ini kerana sekiranya wang ehsan sebanyak RM1,000 disalurkan terus kepada setiap rakyat negeri ini, ia hanya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM900 juta sahaja.

“Tahun lepas Petronas berjaya membuat kutipan keuntungan bersih lebih daripada RM31 bilion.

“Saya percaya sebahagian wang yang diterima itu boleh disalur terus kepada rakyat Terengganu tanpa perlu ‘berhenti’ di meja Menteri Besar Pas.

“Salurkan terus kepada lebih 2 juta rakyat negeri ini untuk tahun ini. Tahun depan kita fikir semula selepas kita ambil alih kerajaan negeri,” katanya.

Tengku Razaleigh atau mesra dipanggil Ku Li yang juga Penasihat UMNO bercakap demikian dalam majlis Jamuan Rakyat di Pantai Teluk Mak Nik di Kemaman, Terengganu hari ini.

Ahmad Said dan Mohamed Rahim Hussin (kanan) bersama pemenang utama cabutan bertuah, Izzat Ikhwan Ibrahim sempena Jamuan Rakyat di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman hari ini. – Foto: Edisi 9

Hadir sama Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Jamuan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin.

Beliau berkata, langkah tersebut boleh dilaksanakan atas persetujuan Perdana Menteri pada bila-bila masa memandangkan ia tidak melibatkan mana-mana akta.

Advertisements

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga mencadangkan agar Petronas menubuhkan satu tabung warisan bagi membantu rakyat di negara ini.

Beliau berkata, sebanyak 40 peratus daripada keuntungan bersih Petronas boleh disimpan ke dalam tabung tersebut yang nantinya akan diberikan kepada setiap rakyat daripada bayi yang baru lahir sehingga golongan warga emas.

Beliau berkata, kaedah tersebut telah dilaksanakan di Norway yang mana setiap tahun rakyat dapat menikmati sumbangan daripada tabung tersebut.

“Hasil daripada tabung ini, rakyat Norway dapat faedah sehingga RM2 juta setiap tahun termasuk bayi yang baru lahir,” katanya.

Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar kerajaan Pusat menyalurkan bantuan kepada majlis-majlis daerah di seluruh negara.

Katanya, pada masa kini kerajaan Pusat hanya menyalurkan m geran keseimbangan iaitu mana-mana majlis daerah yang mendapat kurang pendapatan akan dibantu oleh kerajaan.

“Saya cadangakn kerajaan Pusat tiap-tiap tahun bagi peruntukan berdasarkan pembangunan. Kalau ada dareah berinisiatif buat macam-macam pembangunan mereka akan dapat peruntukan lebih.

“Sekarang ini kalau majlis daerah kurang RM10, kerajaan hanya bantu RM10 kalau kurang RM20 maka mereka dapat RM20. Jadi ini tidak menarik minat mereka (untuk galakkan pembangunan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Masters Malaysia: Hajat Zii Jia tidak kesampaian

HAJAT perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk meraih kejuaraan kedua berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain No....

Lagi Artikel Berkaitan