26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Pas tidak rayu keputusan petisyen Parlimen Kuala Terengganu

Mesti Baca

PAS tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Wan Rohimi Wan Daud, yang mewakili Datuk Ahmad Amzad Hashim, calon Pas bagi Parlimen Kuala Terengganu sewaktu pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, keputusan itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pas Pusat yang sedang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Terengganu ketika ini.

“Pas bersedia untuk terus diadakan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, serentak dengan pilihan raya negeri yang akan diadakan pada 12 Ogos nanti,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Advertisements

Hakim Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril dilaporkan berkata, pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN, Datuk Mohd. Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15.

Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunggu Perakuan Hakim Pilihan Raya untuk mewartakan kekosongan kerusi dan mengadakan pilihan raya.

Pada 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU-15 bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilapor berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November lalu, beberapa hari sebelum pengundian PRU-15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa. 

Pada PRU15, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd. Zubir. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan