28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Felda: Muhyiddin umum tetapi tak bagi peruntukan – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan balas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa beliau berbohong mengenai penyelesaian hutang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion.

Kata Perdana Menteri, hutang tersebut tidak pernah diselesaikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin serta tiada peruntukan bagi penyelesaian hutang itu dalam Belanjawan 2021 dan 2022.

“Inilah masalah, bila ada kuasa kerja nak cari kontrak untuk anak pinak. Sekarang kamu kata dah selesai. Saya baru tandatangan akhir Jun, Menteri Kewangan (Anwar sendiri) tandatangan kelulusan ini. Jadi kamu kata dah selesai 2021 bagaimana?

“Memang ada persetujuan dahulu tetapi tak selesai Belanjawan 2021 bawah PN, 2022 bawah PN. Tidak ada peruntukan menyelesai dan melupuskan hutang Felda.

“Hanya dalam Belanjawan Madani pada November (tahun lalu) untuk 2023 saya mula serahkan RM990 juta peruntukan awal untuk melupuskan hutang Felda yang jumlahnya hutang peneroka jumlahnya RM8.3 bilion,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam majlis Temu Anwar Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.

Muhyiddin hari ini mendakwa tuduhan dilemparkan Anwar berhubung pelupusan hutang peneroka Felda merupakan satu pembohongan.

Jelas Muhyiddin, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh juga telah membuat kenyataan pada awal tahun ini bahawa pelupusan hutang peneroka Felda telah selesai pada 2021.

Terdahulu, Anwar ketika Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Serdang berkata, pemansuhan 80 peratus hutang peneroka Felda yang dibuat kerajaan terdahulu tidak disertai sebarang kelulusan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan