34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kelulusan segera pasukan kaji skim perkhidmatan awam – Cuepacs

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap cadangan memulakan pasukan yang akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam diberi kelulusan segera.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs berharap pasukan itu diberikan satu tempoh masa yang singkat untuk memberikan dapatan berdasarkan kajian yang dibuat.

“Tempoh masa itu tidak boleh terlalu panjang supaya ia relevan dengan situasi persekitaran ekonomi semasa yang sentiasa berubah dengan mendadak.

“Apatah lagi peningkatan kos sara hidup yang begitu ketara ketika ini dan semua pihak terkesan dengan bebanan kos tersebut.

“Cuepacs juga bersedia bersama-sama dengan pasukan ini bagi memberikan pandangan yang wajar daripada sudut pandang warga pekerja. Ia bagi memastikan syor yang dikemukakan nanti diterima oleh penjawat awam yang merupakan penerima manfaat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata sebelum ini, Cuepacs telah mencadangkan bahawa kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam di seluruh negara, dengan perbincangan mengenainya dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Adnan memaklumkan, antara cadangan Cuepacs bagi skim baharu gaji perkhidmatan awam adalah kenaikan gaji tahunan yang perlu ditambah baik ke RM180, kenaikan pangkat Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) pertama 10 tahun dan KUP kedua, lapan tahun serta gred minimum perkhidmatan awam bermula gred 19.

Selain itu, peningkatan gred untuk Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (PTPO) dan Pembantu Tadbir Kewangan ke Gred 29, sistem saraan perlu dikaji setiap lima tahun, peningkatan elaun bantuan sara hidup (COLA), menambah Imbuhan Tetap Perumahan kepada RM450 serta memperkenalkan elaun bandar raya sebanyak RM500. -BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan