26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

20 terbunuh bas bawa jemaah umrah terbakar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bas yang membawa jemaah umrah terbakar selepas melanggar jambatan ketika menuju ke bandar suci Mekah.

Insiden di wilayah Selatan Asir  itu menyebabkan 20 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera.

Memetik laporan AFP, kemalangan berlaku pada minggu pertama Ramadan di tengah kesibukan melakukan ibadah umrah dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam menunaikan haji.

Dengan bersumberkan media tempatan, mangsa terbabit mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan dan identiti mereka.

Laporan itu memaklumkan kemalangan berpunca bas mengalami masalah tanpa menyatakan secara spesifik.

Memetik laporan akhbar swasta Okaz, kemalangan berpunca masalah brek sehingga menyebabkan bas itu melanggar jambatan, kemudian terbalik dan terbakar.

Berdasarkan rakaman disiarkan saluran televisyen Al-Ekhbariya menunjukkan seorang wartawan berdiri di hadapan bas yang hangus.

Tugas mengangkut jemaah di sekitar tapak suci di Arab Saudi dikategorikan tugas berbahaya, terutamanya semasa haji apabila keadaan jalan raya kelihatan ‘huru-hara’ dengan bas sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak berkesudahan.

Sebelum ini pernah berlaku kemalangan membabitkan bas pada Oktober 2019 sehingga meragut kira-kira 35 warga asing dan empat lagi cedera.

Baca juga:   Jemaah umrah meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi

Ia selepas bas itu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan berat berhampiran Madinah.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan