26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Rugi RM500,000 tertipu di laman sesawang cari jodoh

Wanita warga tempatan itu berkenalan dengan lelaki dipercayai warga asing berkenaan sejak Julai 2020 sebelum diperdaya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kakitangan institusi pengajian tinggi (IPT) di Terengganu kerugian setengah juta ringgit selepas tertipu dengan lelaki yang dikenali dalam sebuah laman sesawang mencari jodoh.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penipuan love scam itu kelmarin (Ahad).

Menurutnya, wanita warga tempatan tersebut berkenalan dengan lelaki dipercayai warga asing itu sejak Julai 2020 sebelum diperdaya lelaki berkenaan.

“Sejak berkenalan dengan lelaki itu, suspek sering meminta wang daripada pengadu dengan pelbagai alasan termasuk sebagai tanda kasih sayang di atas perkenalan dan hubungan cinta di laman sesawang mencari jodoh tersebut.

“Sepanjang tiga tahun tempoh perkenalan, pengadu telah terdorong untuk membuat pindahan wang ke akaun diberikan suspek sehingga 22 kali transaksi ke akaun berlainan.

“Jumlah wang yang dipindahkan mencecah RM500,000 sebagaimana diarahkan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Abdul Rahim, pengadu mengaku tindakan itu dilakukan disebabkan rasa percaya terhadap hubungan yang dijalinkan sejak sekian lama.

Baca juga:   Pembeli sijil vaksinasi palsu dijejaki

“Pengadu juga menuruti permintaan suspek untuk menghapuskan segala bukti resit pindahan wang ke akaun yang diarahkan.

“Wang yang dipindahkan kepada suspek merupakan hasil simpanan dan juga pinjaman peribadi pengadu, ” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menyedari dirinya diperdaya setelah mendapat tahu dari rakan sekerjanya bahawa lelaki itu bukanlah individu yang berhubung dengannya.

Baca juga:   KPM kaji semula garis panduan jemput penceramah

“Pengadu menyedari dirinya tertipu dan telah tampil membuat laporan polis. Kes berkenaan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan taktik penipuan jenayah scammer yang telah memperdaya ramai mangsa.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan