25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penumpang cemas, bas persiaran terbakar di Plaza Tol UPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka mengalami kebakaran di Plaza Tol UPM, Serdang, Selangor.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi tadi.

“Sebuah bas persiaran dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur mengalami kebakaran 100 peratus.

“Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kebakaran turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, PLUS Malaysia menerusi Facebook memaklumkan status terkini iaitu persimpangan dari Sungai Besi ke UPM dan persimpangan dari Kajang ke UPM ditutup sementara.

“Kerja pengalihan sedang dijalankan. Sila gunakan laluan alternatif. Pandu berhati-hati. Harap maklum,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan