26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Azeem akhiri penantian, raih gangsa di Sukan Asia 2023

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELARI pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi menamatkan kemarau 41 tahun Malaysia untuk meraih pingat 100 meter lelaki Sukan Asia apabila memenangi gangsa di Hangzhou hari ini.

Pelari berusia 19 tahun itu mencatat kepantasan 10.11 saat untuk memenangi gangsa dalam penampilan pertamanya pada temasya empat tahun sekali itu.

Pingat emas dimenangi pelari tuan rumah, Xie Zhenye yang mencatatkan masa 9.97 saat manala perak oleh Boonson Puripol dari Thailand dengan masa 10.02 saat.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara tersebut di temasya itu menerusi Datuk Rabuan pit yang memenangi pingat emas pada tahun 1982. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan