33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Anwar mahu gerak kerja jentera BN-PH lebih tersusun

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan agar gerak kerja gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) lebih tersusun terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Menurut Pengerusi PH itu, langkah itu penting bagi memastikan kejayaan dapat ditempa dan meneruskan segala kebijakan yang baik untuk rakyat.

“Saya tegaskan bahawa kesepaduan yang kini tercapai antara kedua-dua gabungan BN dan PH mesti diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja yang lebih tersusun agar kejayaan yang bermakna dapat kita tempa kelak dan penerusan segala kebijakan yang baik untuk rakyat,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama BN dan PH di Iskandar Puteri, Johor.

Hadir sama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Advertisements

Untuk rekod, PRK Pulai dan Simpang Jeram merupakan kali kedua gabungan BN-PH menyertai pilihan raya selepas enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu.

Kedua-dua parti tersebut mula menjalinkan pakatan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Disember 2022 melalui penubuhan Kerajaan Perpaduan atas titah perintah Yang di-Pertuan Agong.

Anwar dalam kesempatan tersebut, beliau menjelaskan langkah kerajaan memperkenalkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi untuk para pelajar bergama Islam sebagai langkah untuk melahirkan umat berilmu dan bertamadun.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan berlangsung pada 9 September dengan hari undi awal diadakan pada 5 September sementara penamaan calon akan diadakan esok, 26 Ogos.

PRK kedua-dua kerusi tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan