27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

UMNO berkuasa penuh ke atas ahli langgar disiplin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Disiplin UMNO diberikan kuasa penuh dan berkecuali untuk menyiasat, memperhalusi dan mengambil tindakan wajar atas sebarang kes-kes perlanggaran disiplin.

Setiausaha Agong UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu mengambil perhatian secara serius sebarang isu perlanggaran disiplin mahupun perlakuan yang boleh dianggap menyalahi peraturan dan menyanggahi perlembagaan parti.

“Fasal 20.9 (f) dalam Perlembagaan UMNO jelas menggariskan prinsip penting untuk setiap ahli ‘memelihara nama baik dan maruah parti’ dan tidak melakukan apa sahaja bentuk tindakan, perlakuan, penulisan mahupun percakapan yang boleh ditafsirkan menyanggahi prinsip ini.

“Penyertaan mana-mana ahli dalam satu-satu pakatan yang tidak dianggotai UMNO atas nama apa sekalipun juga turut diperincikan dalam Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Terdahulu, media melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepimpinan parti akan bertindak terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhammad Jailani Khamis.

Ahmad Zahid berkata, ini susulan tindakan Muhammad Jailani yang menghadiri acara kempen Perikatan Nasional (PN) di Johor dan memaklumkan, perkara itu sedang dalam siasatan parti.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, ahli-ahli UMNO supaya kekal bersatu dan bersetia dengan wadah yang menjadi induk penting dalam Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Ini untuk terus memelihara Islam dan memartabatkan agenda Melayu-Bumiputera sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan