MELAKA – Benarlah, kalau dah jodoh, pasti tak ke mana apatah lagi cinta yang dibezakan dengan jarak usia agak jauh.
Ini berlaku terhadap Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang, 62, yang menamatkan status ibu tunggal apabila disatukan dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ashraf, 28, kelmarin.
Nyata perbezaan umur 34 tahun bukan halangan buat Zaleha untuk menerima Asharaf selepas lima tahun kematian suami.
Memetik Sinar Harian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh menjadi saksi pada majlis pernikahan pasangan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

Dr Akmal berkata, pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain di satu majlis di rumah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita di Melaka beberapa tahun lalu.
Selepas saling mengenali, Zaleha dan Ashraf mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Zaleha memaklumkan beliau dan suami akan berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang.
Gambar-gambar pernikahan Zaleha dan Ashraf tular di media sosial sejak Jumaat.
Sebilangan besar netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yangf membuktikan usia bukan halangan untuk dua jiwa disatukan menerusi ikatan pernikahan.