25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, August 12, 2022

200 wanita ‘pinang’ bakal doktor cari jodoh

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Siapa sangka, kreativiti seorang bakal doktor di sini untuk mencari calon isteri berjaya menarik lebih 200 ‘permohonan’.

Semuanya bermula apabila Muhammad Naquib Hasief Baharin, 26, menawarkan jawatan kosong ‘pengantin wanita’ dengan memuat naik ‘resume’ serta kriteria bagi mencari wanita pilihan hatinya menerusi Twitter, sejak Ahad lalu.

Doktor siswazah yang sedang menjalani latihan perubatan (houseman) di Hospital Sultanah Aminah, Johor itu berkata, ramai wanita menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram namun mengakui dia belum sempat membalasnya.

“Sehingga hari ini, saya menerima lebih 200 mesej daripada wanita hingga membuatkan telefon bimbit saya mengalami gangguan.

“Mungkin saya memerlukan lebih masa untuk membalasnya. Namun jika ada mesej yang terlepas pandang, saya mohon maaf,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Naquib yang menetap di Skudai berkata, dia akan membuat pemilihan berdasarkan kriteria, keserasian serta gerak hatinya selain mendapat restu keluarga.

Menurutnya, rupa paras bukanlah keutamaan saya, yang penting wanita itu berpendidikan, sopan, pandai membawa dan menjaga diri selain serasi dengan keluarganya.

“Sebenarnya, bukanlah niat mahu menjatuhkan maruah atau mempermainkan perasaan kaum hawa dengan cara macam ini, saya cuma mencuba nasib dan serius mencari calon isteri kerana mungkin sudah tiba masanya.

Baca juga:   Cemas, mata kanak-kanak terkena 'gam tiga saat'

“Namun, saya serahkan segala-galanya kepada Allah dan ‘follow the flow’ kerana perlu mengenali hati budi masing-masing terlebih dulu,” ujarnya.

Baca juga:   Doktor 'hero' Keluarga Malaysia - Ismail Sabri
NAQUIB bagaimanapun telah menutup permohonan baharu bagi jawatan kosong itu

Naquib memberitahu, apa yang dilakukannya bukan kerana terdesak atau disebabkan desakan mana-mana pihak namun ia berlaku secara tidak dirancang.

“Saya tak pernah terfikir buat macam ini, semua berlaku secara spontan. Saya rasa tidak salah mencuba lagipun memang saya masih solo.

“‘Resume’ yang menceritakan perihal diri itu sebenarnya saya buat sekadar suka-suka untuk ‘presentation’ kelas Continuous Medical Education yang dihadiri di Kuala Lumpur.

“Kebetulan waktu itu saya tidak membawa komputer riba membuatkan saya memuat naik aplikasi di telefon bimbit untuk melakukan tugasan itu sebelum timbul idea mencari calon isteri dan memuat naiknya di Twitter.

“Tidak sangka perkongsian saya itu menarik perhatian ramai dan reaksi warganet malah mendapat sokongan keluarga membuatkan saya nekad meneruskan misi ini,” katanya.

Sementara itu, Naquib menerusi ciapannya semalam memberitahu, dia telah menutup permohonan bagi jawatan kosong pengantin perempuan yang dibuatnya sebelum ini.

Terkini

Pinda Akta Pendidikan tidak boleh dibuat sewenang-wenang

SEBARANG pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya sebaliknya perlu diteliti dari pelbagai persepsi berbeza. Menteri Kanan...

Lagi Artikel Berkaitan