26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Doktor wanita rugi lebih RM90,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG doktor wanita ‘berputih mata’ kerana mengalami kerugian RM94,001 akibat diperdaya sindiket ‘Love Scam’ selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui Facebook sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perkenalan antara mangsa berusia 31 tahun dengan lelaki terbabit yang mendakwa bekerja di luar negara, berterusan menerusi WhatsApp menggunakan nombor telefon antarabangsa.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun dikatakan tidak pernah berjumpa individu terbabit sepanjang tempoh perkenalan mereka.

“Selepas dua minggu berkenalan, suspek didakwa meminta mangsa melakukan transaksi dalam talian bagi urusan pembelian barang melalui laman sesawang.

“Justeru ketika berada di rumah, mangsa dikata memasukkan maklumat diberi suspek, iaitu data pengenalan dan kata laluan.

“Mangsa yang menggunakan akaun peribadi, melakukan beberapa transaksi pembelian barang berjumlah ASD18,640 (RM79,369) dan ASD33,990 (RM144,729). Namun, akaun mangsa dikata dibekukan tanpa sebab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baca juga:   19,268 kes harian baharu, 95 kes kategori 5

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa kemudian diminta membuat pembayaran deposit bagi membolehkan akaun diaktifkan semula.

“Mangsa mengikut arahan diberikan laman sesawang itu dan melakukan pembayaran deposit secara beberapa kali ke dalam satu akaun tempatan berjumlah RM23,701.

“Mangsa diberitahu jumlah berkenaan tidak mencukupi dan perlu menambah lagi, sebelum diarah menggunakan aplikasi khusus bagi tujuan penukaran mata wang asing.

“Wanita itu masih mempercayai arahan berkenaan dan melakukan empat transaksi. Bagaimanapun, mangsa kemudian diminta melakukan transaksi kepada rakan suspek,” katanya.

Baca juga:   Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta, ditipu Love Scam

Susulan itu, beliau berkata, mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu dan tidak melakukan transaksi kepada rakan suspek sebagaimana diminta suspek.

“Mangsa mengalami kerugian berjumlah RM94,001.

“Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam setiap perkenalan dalam talian,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan