26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Aishah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh industri automotif negara dan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad Badjunaid, yang meninggal dunia Khamis lalu.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

“Seri Paduka Baginda berdua menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarhamah kepada negara dan menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar kepada industri automotif negara,” menurut hantaran di Facebook Istana Negara, hari ini.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan supaya seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Aishah, 71, meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi.

Allahyarham ialah tokoh yang sangat dihormati dalam industri automotif tempatan dan juga di rantau ASEAN. Beliau memegang jawatan Presiden MAA sejak 1991, yang ketika itu dikenali sebagai Persatuan Peniaga Motor Malaysia atau MMTA.

Baca juga:   Terengganu benarkan solat Jumaat, Aidiladha dan ibadah korban

Beliau telah menerajui pertumbuhan MAA menjadikannya persatuan industri automotif terkemuka di Malaysia.

Selain menjadi Presiden MAA, Datuk Aishah juga adalah Pengerusi Persekutuan Automotif Malaysia (AFM) sejak 1998.

Beliau memulakan kerjayanya pada pertengahan 1970-an dengan Kumpulan Inchcape di Malaysia, kemudian menyertai Ford Malaysia, Tractors Malaysia dan akhirnya bersara pada 2021 apabila beliau berkhidmat dengan Sime Darby Motors Division Sdn Bhd.
Walaupun bersara, beliau terus berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Sime Darby. – Edisi 9

Baca juga:   Data pesalah rasuah SPRM siar nama dan wajah pelaku

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan