28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Hasni tawar diri tanding jawatan Naib Presiden UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad, mengesahkan dirinya bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada Pemilihan Parti 2023.

Katanya, beliau menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan kerana masih mahu menyumbang usaha dan tenaga bagi memantapkan parti itu.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengumumkan hasratnya bertanding Naib Presiden UMNO selepas mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Johor, di Johor Bahru, hari ini.

“Saya akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden kerana itulah jawatan yang boleh dipertandingkan waktu ini.

“Saya percaya ramai juga tokoh lain, selain penyandang Datuk Seri Khaled sebagai Naib Presiden, atas semangat untuk terus menyumbang kepada parti di semua peringkat.

“Maka dengan itu saya menawarkan diri untuk bertanding,”ujar beliau.

Selain Hasni, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mengesahkannya bakal mempertahankan jawatannya selaku Naib Presiden.

Dua lagi penyandang Naib Presiden ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan pencalonan untuk peringkat bahagian dan pusat akan dibuka pada 13 hingga 26 Februari ini. – BERNAMA

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan