34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Lelaki ditahan, bunuh, tanam suami kekasih

Lelaki itu mengaku membunuh mangsa dengan mengelar leher mangsa sehingga mati dan menanamnya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya kerana bimbang hubungan sulit terbongkar, di belakang sebuah rumah banglo yang dijadikan sebagai pusat penjagaan orang tua di Subang Jaya Mei tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menahan suspek selepas menerima laporan daripada rakan mangsa kelmarin.

Menurutnya, selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, lelaki itu mengaku membunuh mangsa dengan mengelar leher mangsa sehingga mati dan menanamnya.

Katanya, lelaki berusia 30 tahun itu kemudian membawa polis menunjukkan lokasi mangsa ditanam iaitu di lereng bukit belakang rumah banglo tersebut.

“Polis dari IPD Subang Jaya bersama pasukan pasukan forensik, kemudian menemui sebuah bungkusan plastik yang dilpercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini memetik laporan Astro AWANI.

Mengulas lanjut Wan Azlan berkata, berdasarkan siasatan, mangsa berusia 25 tahun dibunuh sekitar Mei tahun lalu.

Katanya lagi, suspek, mangsa dan isteri mangsa bekerja di pusat penjagaan orang tua itu.

“Kita turut menyiasat termasuk dari aspek penglibatan isteri mangsa secara langsung dalam insiden ini kerana laporan dibuat oleh rakan mangsa dan bukan isteri si mati,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Wan Azlan memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek dan isterinya yang juga warga India pada Khamis lalu.

“Kemudian pada keesokan harinya, kira-kira pukul 2.30 petang, polis menahan tiga wanita termasuk dua rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia, yang berusia 25 hingga 35 tahun. Siasatan mendapati ketiga-tiga wanita ini tiada rekod lampau,”katanya.

Kesemua mereka katanya, ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit dengan kesalahan.

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan