29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Doktor direman bantu siasatan kes cabul kanak-kanak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG doktor perubatan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Perintah reman sehingga 16 Februari itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin bagi membolehkan siasatan lanjut kes dilakukan.

Suspek berusia 30 tahun ditahan semalam kira-kira pukul 1.50 petang selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mengesyaki anak perempuannya berusia 12 tahun menjadi mangsa amang seksual oleh doktor yang merawatnya.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, laporan tersebut diterima pada pukul 9 malam, Rabu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

“Kejadian diketahui ibu mangsa selepas diceritakan sendiri oleh kanak-kanak berkenaan pada pukul 6 petang hari sama laporan dibuat.

Advertisements

“Mangsa memaklumkan suspek merupakan doktor yang merawatnya telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar mangsa menggunakan telefon bimbit milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Rohaimi lagi, kejadian berlaku di bilik rawatan wad Hospital Kemaman.

“Polis percaya terdapat kanak-kanak perempuan lain yang turut menjadi mangsa berdasarkan penemuan awal beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan