25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bayi lahir di bawah runtuhan diberi nama Aya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi yang ditemukan selamat di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Syria, telah diberikan nama Aya.

Bayi berkenaan terdahulu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam keadaan tali pusat masih melekat pada ibunya bagaimanapun ibu bayi berkenaan meninggal dunia akibat tragedi dasyat itu.

Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim, lapor Agensi Anadolu.

Bayi itu lahir pada pagi Isnin ketika ibunya terperangkap di bawah runtuhan selepas gempa bumi pertama melanda.

Bayi itu diselamatkan selepas lima jam misi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan Pertahanan Awam Syria.

Terdapat kecederaan pada tubuh badan bayi itu.

Petugas di hospital Ceyhan menamakannya Aya dan mengesahkan bayi itu kini dalam keadaan sihat.

Bayi itu juga kehilangan tiga adik beradik yang dalam bencana itu.

Di Syria, lebih 3,100 orang maut, menurut angka yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Syria dan pertahanan awam Syrian White Helmets.

Gempa bumi kuat yang berpusat di selatan Turkiye itu turut menjejaskan negara jiran Syria.- BERNAMA

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan