24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

Krew kabin, doktor sambut kelahiran bayi dalam RB Airlines

Bayi itu dihantar dengan selamat dengan bantuan penumpang Dr Mulfi Ibrahim Alkhinjar bersama Pegawai Perkhidmatan Kabin Romzi dan Krew Kabin Siti Nurhaffizah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DETIK bermakna bukan hanya buat seorang ibu apabila selamat melahirkan anak lelakinya, bahkan, detik itu dikongsi oleh krew kabin Royal Brunei (RB) Airlines dan seorang doktor yang kebetulan menjadi penumpang dalam penerbangan berkenaan.

Penerbangan RB BI008 dari Dubai ke Bandar Seri Begawan dengan membawa seramai 173 penumpang itu mendarat dengan pertambahan seorang bayi lelaki.

Detik manis itu dikongsikan sendiri Royal Brunei (RB) Airlines dalam satu hantaran di Instagram rasminya semalam.

“Penerbangan RB BI008 mendarat di Bandar Seri Begawan awal hari ini dengan penumpang tambahan yang tidak dijangka.

“Bagi pihak #TeamRB, kami mengucapkan tahniah kepada Puan Jenny Rose Josoy kerana selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat dalam penerbangan kami walaupun datang dalam tujuh minggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Baca juga:   10 juta kanak-kanak tidak dapat bersekolah pasca Covid-19

“Bayi itu disambut dengan selamat dengan bantuan penumpang Dr Mulfi Ibrahim Alkhinjar bersama Pegawai Perkhidmatan Kabin Romzi dan Krew Kabin Siti Nurhaffizah,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama juga, ucapan terima kasih diberikan kepada Dr Mulfi dan Krew Kabin RV Airlines kerana berjaya menangani keadaan tersebut secara profesional.

Dalam pada itu, RB Airlines turut memberi jaminan perjalanan menggunakan pengangkutan udara adalah selamat untuk wanita hamil tanpa sejarah komplikasi sebelum kehamilan mencapai 36 minggu.

“Ibu hamil lebih dari 28 minggu dikehendaki membawa pelepasan perubatan yang diperakui, bertarikh tidak lebih dari tujuh hari.

Baca juga:   Lima sekeluarga termasuk bayi maut kereta bertembung treler

Malah menurut hantaran berkenaan, pelepasan perubatan secara bertulis itu adalah berkaitan individu atau ibu hamil berkenaan dalam keadaan sihat serta selamat untuk menaiki penerbangan.

-EDISI9

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan