28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

3,285 berita palsu direkodkan antara 2020 hingga 31 Mei lalu

Jenis berita palsu yang biasa disebarkan ialah mengenai penyamaran atau merosakkan reputasi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 3,285 aduan mengenai kandungan yang dianggap sebagai berita palsu bagi tempoh 2020 hingga 31 Mei lalu.

Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, terdapat peningkatan aduan berita palsu berkaitan Covid-19 pada Mac 2020, namun MCMC mendapati trendnya semakin menurun menjelang 2021.

Menurut beliau, jenis berita palsu yang biasa disebarkan ialah mengenai penyamaran atau merosakkan reputasi.

“Orang ramai cenderung untuk membuat generalisasi mengenainya tetapi dari segi undang-undang sesetengah berita palsu ini boleh dikategorikan sebagai fitnah terhadap seseorang secara semula jadi,” katanya dalam program ‘The Brief: The Current State of Fake News’ hari ini.

Ujar Zulkarnain lagi, berita palsu juga termasuk tindakan menyamar sebagai individu terkenal atau individu terkemuka dalam politik, perniagaan atau perbankan sebagai menjalinkan usaha niaga pelaburan tertentu atau untuk digunakan sebagai cadangan pelaburan kepada individu terkenal.

“Masyarakat perlu memahami bahawa kandungan berita palsu yang disebarkan itu itu mungkin dalam bentuk gambar dan ia boleh dikategorikan sama ada mengenai kejadian, fitnah atau berkaitan penyamaran.

“MCMC akan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat dalam penyediaan kandungan palsu dan berunsur mengancam mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, tidak semua aduan mengenai berita palsu itu akan didakwa kerana pihak berkuasa menghadapi pelbagai cabaran dalam memerangi ancaman itu.

“(Menangani) berita palsu bukan sekadar mendakwa tertuduh di bawah undang-undang tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran kepada platform dan penyedia hos untuk menghapuskan kandungan atau berita palsu itu,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan