SHAH ALAM – Sempena meraikan sambutan Hari Malaysia pada Rabu ini, kawasan Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 2 Bandar Puncak Alam di sini mengadakan pertandingan menghias Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

Pertandingan yang bermula sejak 31 Ogos lalu melibatkan kira-kira 2300 rumah di fasa tersebut.
Program yang dinamakan Kibaran Bendera ini turut mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Surau Al-Furqan.
Menurut penyelaras program Noraimah Ismail, program itu bukan sekadar tetapi bagi memaparkan semangat prihatin kepada negara seperti mana tema Hari Kebangsaan tahun ini.
“Pertandingan seumpama ini bukanlah bertujuan memberi nilai wang ringgit semata- mata tetapi lebih kepada menghayati tema Malaysia Prihatin melalui kreativiti hiasan Jalur Gemilang di kediaman sendiri.
“Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berlangsung ini kemeriahan menyambut Hari Malaysia tetap meriah dengan adanya pertandingan ini”, katanya ketika dihubungi Edisi 9.
Pertandingan kali kedua yang telah dianjurkan KRT Fasa 2 selepas tahun 2017 itu menawarkan hadiah wang tunai RM500 manakala tempat kedua (RM400) dan ketiga (RM300). Pemenang saguhati turut menerima hadiah wang tunai (RM200). – Edisi 9.