26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

‘Mowgli Malaysia’ bersedih, 30 ekor kerbau mati mengejut sejak Rabu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri berharap Muhammad Syukur Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ bersabar apabila lebih 30 ekor kerbau milik remaja itu mati mengejut sejak Rabu.

Melalui catatan dalam Facebook beliau, Dr.Zulkifli berkata, beliau menerima berita yang menimpa Muhammad Syukur dan bapanya yang tinggal di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu, hari ini.

“Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya.

“Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat,” kata Dr. Zulkifli dalam catatan tersebut.

Gambar Muhammad Syukur bersama kerbau yang mati dikongsikan Dallah Deen dalam Facebook beliau. Dr. Zulkifli turut menyiarkan gambar yang sama .

Baca juga:   COVID-19: 5,162 kes baharu, 6 negeri catat Rt lebih 1.0

Sementara itu, Berita Harian Online melaporkan, Muhammad Syukur berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbaunya mati secara tiba-tiba sejak Rabu lalu.

“Pada mulanya hanya seekor yang mati pada Rabu tanpa sebarang tanda kematian dan disangka penyakit biasa., Keesokan harinya, seekor lagi mati, sebelum dua ekor pada Jumaat, empat ekor pada Sabtu dan 11 ekor pada Ahad.

Baca juga:   Terpaksa buka aib, betis saya macam budak sekolah - Ustaz Kazim

“Hari ini sahaja 10 ekor mati dan dijangka lebih lima ekor lagi yang akan mati kerana sebab yang sama,” kata Muhammad Syukur kepada media tersebut yang membuat tinjauan ke kandang miliknya.

Muhammad Syukur berkata, seluruh ahli keluarganya bersedih dengan kejadian itu terutama ayahnya, Khamis Jusoh, 64.

‘’Kerbau itu diternak lebih 50 tahun. Ayah yang paling sedih dengan kejadian itu, ia pertama kali berlaku dan dibimbangi semua kerbau akan mati. Kerbau kesayangan saya iaitu Samek dan Along setakat ini masih dalam keadaan baik dan sudah disuntik vaksi pencegahan,’’ katanya.

Sementara itu, Khamis berkata, mereka buntu terhadap apa yang berlaku dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterina (JPV) Terengganu sudah datang membuat siasatan bagi mengetahui punca kejadian.

“Berkemungkinan besar kerana penyakit hawar berdarah bagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan oleh JPV akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi. Kerbau yang mati itu hanya mengalami selesema tanpa tanda-tanda diserang penyakit,” katanya.

Baca juga:   31,598 entiti tidak lapor pendapatan sebenar - LHDN

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan