27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Yoshihide Suga bakal PM baharu Jepun

Mesti Baca


TOKYO – Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dipilih menjawat jawatan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) selepas mengetepikan dua pencabarnya dalam pemilihan jawatan tertinggi parti itu hari ini.

Memetik AFP, Suga hampir pasti mengambil tugas Perdana Menteri menggantikan Shinzo Abe mengetuai negara dengan ekonomi ketiga terbesar dunia itu.


Dalam pemilihan itu, Suga menewaskan seorang lagi calon, Shigeru Ishiba yang juga Menteri Pertahanan Jepun selain bekas Menteri Luar, Fumio Kishida.


Suga memperolehi 377 daripada 534 undi, manakala Kishida jauh ketinggalan di tempat kedua dengan 89 undi manakala Ishiba di tangga ketiga dengan 68 undi.

Berikutan majoriti undi dari partinya, Suga diharapkan dapat memenangi suara ahli Parlimen Rabu ini.

Suga, 71, berjanji untuk meneruskan dasar Abe, iaitu janjinya ketika menerima pencalonan parti itu sebagai pemimpin

“Dengan krisis Covid-19 ini, kita tidak boleh ada kelompangan politik. Untuk mengatasi krisis dan memberikan kelegaan kepada rakyat, kita perlu meneruskan apa yang sudah dilaksanakan Abe, ini ada misi saya,” katanya.

Biarpun belum memperoleh pelantikan rasmi, Suga mendapat sokongan daripada puak-puak utama dalam parti pemerintah yang melihat pencalonannya sebagai kestabilan.

LDP membuat pengundian dalam kalangan anggota Parlimen dan tiga perwakilan yang masing-masing daripada 47 wilayah negara itu, menghindari pemilihan meluas membabitkan semua anggota berpangkat yang menurut pegawainya akan mengambil masa yang lama untuk dilakukan.

Penganalisis mengatakan Suga tidak mungkin membuat pembalikan agenda utama dan calon itu sendiri mengatakan bahawa perjalanannya bertujuan untuk memastikan penerusan dasar utama Abe.

Perdana Menteri akan menghadapi pelbagai cabaran yang rumit termasuk kemeseletan ekonomi disebabkan Covid-19, Olimpik Tokyo 2020 yang ditunda kepada Julai 2021.

Begitu juga cabaran diplomatik termasuk melindungi perikatan Amerika Syarikat (AS) dan menjalin hubungan dengan China ketika tentangan keras terhadap Beijing selepas Covid-19 dan ketidaktentuan di Hong Kong.

“Sekarang adalah masa yang sukar bagi Jepun kerana AS memberi tekanan kepada China,” kata Makoto Iokibe, seorang profesor sejarah politik dan diplomatik di University of Hyogo. 

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan