31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Fahmi tepis dakwaan kerajaan sekat kebebasan media bersuara

Bagaimanapun kerajaan tidak boleh benarkan sekiranya ada maklumat yang salah atau berunsur fitnah untuk dipermainkan oleh mana-mana pihak.

Mesti Baca

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) menepis dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan seolah-olah bersikap agresif dalam menyekat kebebasan media bersuara.

Ini berikutan, susulan beberapa laman portal berita yang didakwa telah disekat oleh kementerian itu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana media rasmi atau agensi berita yang berdaftar di bawah Jabatan Penerangan Malaysia.

“Secara amnya, boleh saya katakan kita tidak boleh benarkan sekiranya ada maklumat yang salah atau berunsur fitnah untuk dipermainkan oleh mana-mana pihak.

“Walaupun ada kebebasan media, kita tidak bebas memfitnah atau menyebarkan maklumat yang salah,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen Astro #DemiNegaraku dan Home of Kids di Putajaya hari ini.

Mengulas mengenai tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap TV Pertiwi, Fahmi berkata, kementeriannya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada suruhanjaya berkenaan.

“Setakat ini siasatan sedang dijalankan dan saya akan teliti perkara ini. Sekiranya perlu, saya minta SKMM untuk beri penjelasan.

Advertisements

“Sekiranya ada aspek-aspek penyiasatan, kita tidak boleh masuk campur dalam hal itu. Saya akan semak dahulu dengan pihak SKMM,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi memuji usaha Astro memperkenalkan inisiatif Kids Friendly Profile sebagai langkah menyediakan saluran maklumat dan hiburan yang selamat kepada kanak-kanak.

Beliau juga berharap lebih ramai syarikat penyedia perkhidmatan boleh menawarkan ciri yang sama.

“Kita tahu pada waktu ini ada beberapa penyedia perkhidmatan dan sekiranya mana-mana pihak itu belum ada ciri-ciri yang sama, saya berharap mereka dapat melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Astro.

“Kita juga tahu beberapa OTT platform penstriman mempunyai ciri-ciri berkenaan.

“Namun begitu, kita berharap akan lebih banyak yang dapat turut serta menyediakan ruang yang sihat dan selamat terutamanya kepada anak-anak,” katanya lagi.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan