27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KKDW wujud TVET untuk Orang Asli, tidak lupa sektor pertanian

Mesti Baca

BAGI memenuhi keperluan tertentu dan pilihan yang lebih meluas kepada Orang Asli, TVET khas Orang Asli bakal diwujudkan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata, usaha ke arah mewujudkan perkara itu melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama Kolej Komuniti, Giat MARA, MCMC dan lain-lain agensi telah berjaya merealisasikan pelaksanaan TVET khas ini.

“Lebih 1000 belia Orang Asli telah mengikuti program TVET Orang Asli ini yang lebih menjurus kepada penggunaan teknologi moden.

“Justeru, saya berharap agar lebih ramai lagi golongan belia Orang Asli dapat memaksimakan potensi diri masing-masing dengan mengikuti program-program TVET yang ditawarkan agar menjadi seorang belia yang unggul.

“Di samping itu, dapat bersama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Malaysia khususnya di kawasan-kawasan desa,” katanya pada majlis sambutan Hari Orang Asli Sedunia tahun 2023 yang diadakan di Orang Asli One Stop Centre, Bawong Sungai Siput, Perak, hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan dan peningkatan kesejahteraan masyarakat desa secara menyeluruh dan berkesan, KKDW melalui JAKOA turut memberikan tumpuan khusus kepada Orang Asli dengan mempergiatkan penghasilan produk ekonomi orang asli melalui program keusahawanan.

“Kita juga tidak melupakan sektor pertanian yang menjadi tunjang penting kepada ekonomi negara bersama sektor-sektor strategik yang lain pada masa akan datang.

“Saya tidak mahu usaha yang dilakukan untuk kemajuan Orang Asli akan meminggirkan pembangunan dalam sektor pertanian yang juga menjadi fokus KKDW.

“Saya menyarankan JAKOA melihat peluang-peluang dalam sektor pertanian dan asas tani yang dapat dilakukan oleh Orang Asli sekaligus menyumbang ke arah Keterjaminan Makanan Negara,” katanya lagi.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan