27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Lebih 7,000 masyarakat Orang Asli bakal terima manfaat OAOSC

Mesti Baca

LEBIH 7,000 masyarakat Orang Asli dari 39 perkampungan bakal menerima manfaat akses kemudahan awam yang lebih baik menerusi Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di Sungai Siput, Perak.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkata, selain itu, mereka juga boleh menjana pendapatan melalui Pusat Sehenti berkenaan.

“Dengan kos keseluruhan RM166.4 juta, OAOSC Bawong yang siap pada November 2020 ini juga berfungsi dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, meningkatkan pembabitan Orang Asli dalam aktiviti ekonomi, sosial dan kebudayaan serta memaksimumkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Ini adalah pusat sehenti pertama di Malaysia yang dibina untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli.

“Ia juga terletak di lokasi strategik bersebelahan sekolah yang merangkumi tujuh penempatan utama iaitu penduduk Kampung Bawong, Pos Perwor, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Legap, Pos Yum, Pos Kuala Mu, Pos Poi dan Pos Piah,” katanya.

JAKOA berkata, pusat ini turut menempatkan Pejabat Pentadbiran JAKOA Daerah, kedai usahawan Orang Asli yang menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya spa, gunting rambut, barangan kraf dan banyak lagi.

“Di lokasi yang sama juga terdapat Pejabat Cawangan Lembaga Koko Malaysia, dewan serbaguna, terminal bas yang menempatkan bas Perak transit serta teksi dan juga pondok polis.

“OAOSC Bawong turut membawa perubahan kepada landskap pembangunan masyarakat Orang Asli yang terbabit dalam pelbagai aspek skop pembangunan di sekitar OAOSC Bawong merangkumi jalan perhubungan, pembinaan rumah, bekalan air, bekalan elektrik, projek ekonomi dan ameniti sosial yang merangkumi enam (6) hub iaitu perkhidmatan awam dan swasta; perniagaan; kegiatan belia; pelancongan; pendidikan; serta perbankan dan kewangan,” katanya.

Advertisements

Pusat ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2023 yang disambut pada 9 Ogos lalu.

JAKOA berkata, bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang Asli Sebagai Ejen Perubahan Diri’ yang diangkat sebagai inspirasi dalam merancang pembaharuan yang membabitkan Orang Asli di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat global.

“Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia ini dilaksanakan bagi menyatakan sokongan Malaysia terhadap resolusi ‘United Nations’ dan rasa solidariti terhadap masyarakat Orang Asli sedunia.

“Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan berlangsung termasuklah program bual bicara oleh United Nations Development Programme (UNDP) yang akan membincangkan hala tuju golongan belia masyarakat Orang Asli di peringkat global secara umum dan peringkat lokaliti secara khususnya,” katanya.

Pada program itu, seramai 1000 orang peserta dan masyarakat Orang Asli terbabit yang terdiri daripada Batin, Penghulu, Belia, Pelajar dan masyarakat Orang Asli Perak.

Turut membabitkan diri adalah warga JAKOA, Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Penerangan Malaysia, KEMAS, Perak Transit, Asyik FM dan Perak FM, agensi dan syarikat swasta seperti AGRO Bank, Persatuan Malim, Koperasi Orang Asli Musoh dan komuniti setempat.

Selain dari jualan usahawan Orang Asli, turut diadakan program Jualan RAHMAH oleh MyDIN dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bagi membantu serta mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung rakyat masa ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan