32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

362 aduan pelaburan palsu diterima – SSM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) menerima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu melibatkan beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep saham boleh tebus syariah daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) pada 21 Jun 2023.

Menurut SSM dalam kenyataan, pihaknya telah membuka kertas inkuiri berdasarkan aduan terdahulu apabila sebahagian daripada pengadu terbabit telah dipanggil untuk dirakam kenyataan.

Katanya, SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM.

“Sekiranya wujud pelanggaran mana-mana peruntukan yang dikawal selia oleh SSM, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil,”katanya.

Advertisements

Menurut SSM, pihaknya sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.

“SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.

“SSM ingin menasihati para pelabur untuk sentiasa berhati-hati dan menjalankan usaha wajar terlebih dahulu dengan menyemak skim pelaburan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat sebelum menyertainya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan