26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tony Pua sila cermin diri sendiri, biadap!!

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia menyelar tindakan biadab bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua susulan kenyataannya yang mengecam Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan ‘korup’.

Menyifatkan kenyataan Tony Pua itu sebagai biadap, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, ia sekaligus mewujudkan ketidakpuasan hati dalam kalangan akar umbi parti.

“Tony Pua harus menyedari bahawa tindakan beliau ini sedang merobek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk didalam Kerajaan Perpaduan yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional.

“Pergerakan Pemuda ingin mengingatkan bahawa negara ini ketika dibawah pentadbiran BN yang beliau gelar sebagai Pakatan Korup telah memacu negara dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Dibawah BN juga Malaysia telah diangkat oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menyatakan Malaysia adalah negara ke-23 paling kompetitif di dunia,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ujar beliau, ini termasuklah kejayaan BN meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga mencatatkan nilai RM1.4 trilion termasuklah usaha memperkasa Aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan mencecah beratus bilion dan beri pulangan tinggi kepada rakyat dan kerajaan seperti Khazanah Nasional yang naik dari RM32 bilion kepada RM116 bilion dan rizab tunai Petronas naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion.

“Namun ketika negara beralih kepada kepimpinan PH yang pada ketika itu Tony Pua dilantik sebagai Penasihat kepada Lim Guan Eng, negara melalui zaman gelap sehingga kerajaan tersebut rebah dalam tempoh 22 bulan.

“Beliau yang bertugas di Kementerian Kewangan tidak mampu memacu perkembangan ekonomi negara sehingga KDNK jatuh merudum dan hutang negara meningkat secara mendadak.

Advertisements

“Ini belum dikira dengan kejatuhan nilai matawang ringgit akibat yindakan dan keceluparan beliau yang memberi gambaran negatif tentang negara.

“Justeru itu, Pergerakan Pemuda menyarankan agar Tony Pua untuk cermin dahulu diri sendiri sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan sedangkan beliau hanya tin kosong yang tidak memberi manfaat kepada pembangunan negara.

“Jangan dek kerana tindakan biadab seorang individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala dan berhenti di tengah jalan,”katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa Tony Pua mempelajari bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting.

“Tony Pua perlu belajar kehadiran UMNO dalam kerajaan hari ini dalam memastikan nasib dan igauan ngeri orang melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang.

“Selain itu juga, kepakaran dan pengalaman menteri BN ketika ini juga yang menjadi faktor penting kepada kelancaran pentadbiran Perdana Menteri ke Sepuluh.

“Pergerakan Pemuda menuntut Parti DAP agar mengambil tindakan tegas kepada Tony Pua,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan