26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Wanita rugi RM113, 875 terjebak pelaburan tak wujud

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita terpaksa ‘berputih mata’ apabila mengalami kerugian sebanyak RM113,875 selepas melabur dalam pelaburan yang tidak wujud.

Mangsa berusia 37 tahun bertugas sebagai kerani dikatakan telah menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga untuk menyertai pelaburan dalam talian tersebut, dan ditawarkan bakal menikmati keuntungan sehingga 10 peratus.

Mangsa juga dikatakan akan dapat pulangan lumayan hanya dalam tempoh 120 saat oleh kenalan warga negara asing tersebut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa berkenalan dengan suspek yang mengakui sebagai warga Taiwan melalui aplikasi Instagram pada awal Mei lalu.

Menurutnya, suspek yang berjanji datang ke negara ini untuk menemui mangsa telah menawarkan pelaburan secara dalam talian melalui aplikasi JPEX untuk membantu wanita itu menjana wang dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.

Advertisements

“Mangsa hanya memerlukan modal serendah RM1,000 namun pulangan keuntungannya 10 peratus dalam masa 120 saat.

“Terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan itu, mangsa melabur RM113,875 melalui 11 transaksi bayaran ke enam akaun bank berbeza dalam tempoh dua minggu bermula 2 Jun lalu,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Yahaya berkata, mangsa menyedari ditipu apabila gagal menerima keuntungan dijanjikan malah wang pelaburannya turut lesap.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

“Sekiranya ingin membuat pelaburan, buat semakan atau mendapatkan maklumat dari pihak polis dan Bank Negara bagi mengelak menjadi mangsa pelaburan yang tidak wujud,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan