26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sindir pengampunan Najib: Pua disiasat di bawah Akta Hasutan

Mesti Baca

BEKAS Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mempersenda keputusan Lembaga Pengampunan yang memberi pengurangan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia susulan kenyataan yang dibuat okeh belas Ahli Parlimen Damansara itu menerusi Facebooknya semalam.

Beliau berkata, kenyataan tersebut ialah “trust me. It’s not a scam” “oh wow, after all these years, NAJIB / UMNO cybertrooper still love me” “I beg your pordon?” “can someone sent me to jail and for 1 year and in exchange, pay me RM50 mil?” “Preety please?” “King Klep pardoned!!

“Kenyataan seperti ini bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kusanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahaguan Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Razarudin berkata, Pua akan dipanggil ke Bukit Aman pada pukul 1 petang esok bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Advertisements

Sementara itu beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu siasatan atau menyebabkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat memandangkan kes masih di peringkat siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mencabar Pua untuk bertemu di mahkamah susulan tindakannya menyindir keputusan Lembaga Pengampunan berhubung kes Najib.

Akmal berkata, Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Pua berhubung sindirannya yang dianggap biadab dan mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Insya-Allah laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan seluruh negara oleh Pemuda UMNO atas kebiadapan dia mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh YDP Agong

See u in court a**hole,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan