26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pengampunan Najib: Tidak wajar pertikai kuasa mutlak Agong

Mesti Baca

SESIAPAPUN tidak wajar mempertikai kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan mengurangkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ini kerana menurut beliau, berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, ia jelas bahawa Seri Paduka Baginda mempunyai kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Justeru suara-suara sumbang yang mempertikaikan kuasa ini hakikatnya secara jelas tidak menghormati institusi Raja khususnya kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan kepada YDP Agong dalam memberikan pengampunan kepada sesiapa sahaja atas budi bicara baginda dan bahkan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Asyraf Wajdi menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Presiden dengan kepimpinan utama 191 Bahagian dan Exco-exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur petang ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, UMNO melalui Pergerakan Pemuda UMNO akan meneruskan laporan polis terhadap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang secara biadap memperkecil, meremeh dan mempermainkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong bahkan secara jelas membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Advertisements

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Tony Pua akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mempersenda keputusan Lembaga Pengampunan yang memberi pengurangan hukuman terhadap Najib.

Beliau berkata, Puad mengeluarkan kenyataan iaitu “trust me. It’s not a scam” “oh wow, after all these years, NAJIB / UMNO cybertrooper still love me” “I beg your pordon?” “can someone sent me to jail and for 1 year and in exchange, pay me RM50 mil?” “Preety please?” “King Klep pardoned!!

Katanya, kenyataan seperti itu dianggap bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kusanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai perjumpaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama pemimpin Bahagian serta sayap-sayap parti, Asyraf Wajdi berkata, mereka sebulat suara bersetuju dengan pendirian Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam untuk meneruskan usaha mendapatkan pembelaan ke atas Najib. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan