27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

IPTA, sekolah perlu lengkap kemudahan mesra OKU – Nancy

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEMUA intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sekolah akan dilengkapkan dengan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) dari segi kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan juga bangunan awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, ini bagi memenuhi aksesibiliti dan kesaksamaan hak kepada golongan tersebut dalam masyarakat.

Katanya, cadangan tersebut dikemukakan daripada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) hari ini.

“Pelaksanaan projek bagi melengkapkan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan Kemudahan Mesra OKU di kementerian dari segi kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan juga bangunan awam.

“Dengan adanya usaha dan perancangan berterusan ini kementerian yakin MKBOKU akan terus diperkasa dalam memperjuangkan hak OKU,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat MKBOKU Bilangan 1 2023 di Putrajaya, hari ini.

Nancy berkata, turut dicadangkan ialah dapatan Program Audit Akses 2011-2022 oleh Universal Design Unit (Kudu)/Department of Architecture, Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) bagi menepati reka bentuk sejagat dan alam bina bagi memudahkan akses kepada pengguna OKU.

“Dalam mesyuarat ini juga dua kertas makluman telah dibentangkan antaranya projek melengkapkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kemudahan Mesra OKU.

“Selain itu, Laluan Khas bagi Kemasukan Pelajar Melalui UPUonline sebagai memenuhi aksesibiliti dan kesaksamaan hak kepada golongan OKU dalam masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan