34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Premis makanan ditutup, 8 lagi diberi notis kerana kotor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH premis makanan diarah ditutup serta-merta di bawah UUK 28(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 manakala lapan lagi diberi notis kompaun kerana didapati kotor dan gagal mematuhi keperluan kesihatan.

Tindakan itu hasil operasi yang dilakukan sekitar Kompleks Sungai Mas, Taman Kok Lian dan Taman Mastiara.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, dalam operasi itu sejumlah 12 premis telah dilawati, namun tiga kedai tidak beroperasi dan hanya sebanyak sembilan sahaja diperiksa.

“Hasil daripada pemeriksaan, satu premis telah dikenakan tindakan Arahan penutupan di bawah UUK 28(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

“Manakala sebanyak 8 notis kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah undang-undang kecil yang sama.

“Tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap premis-premis terbabit kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak kesihatan seperti terdapat kesan urungan tikus (najis) dan serangga perosak di ruang dapur, aktiviti penyediaan makanan dan pencucian pinggan mangkuk di luar premis.

Advertisements

“Selain itu, didapati lantai dan dinding di ruang dapur dalam keadaan kotor, bahan makanan diletakkan kurang 20 sentimetee dari paras lantai, alat perangkap minyak tidak dilengkapi dan diselenggara dengan baik dan berkala dan alat pepasangan seperti kipas penyedut asap dan lampu dalam keadaan kotor,”katanya menerusi kenyataan di sini.

DBKL berkata, pihak berkuasa turut mendapati kesalahan seperti peti sejuk dalam keadaan kotor, pengendali makanan tidak mendapat suntikan tifoid dan kursus pengendali makanan.

“Pengendali makanan juga didapati tidak memakai penutup kepala, apron dan kasut semasa mengendali makanan.

Ujar DBKL, pihaknya akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak-kehendak kesihatan yang telah ditetapkan.

Operasi oleh Pejabat Kesihatan Parlimen Batu, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL itu telah diketuai oleh Ketua Pejabat Kesihatan DBKL Parlimen Batu dengan kekuatan empat orang kakitangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan