29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Agong seru pemimpin, rakyat teladani ketokohan Tun Dr Ismail

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat khususnya para pemimpin, menghayati dan meneladani ketokohan negarawan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, dalam membangunkan negara.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, selain tiada galang ganti, Seri Paduka Baginda juga menyifatkan Allahyarham sebagai antara tokoh dan figura utama perpaduan negara.

“Allahyarham memainkan peranan amat penting dalam mengukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, terutama pascarusuhan dan pascaperbalahan kaum pada 1969.

“Seri Paduka bertitah sepanjang perkhidmatan Allahyarham sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anggota jemaah Kabinet negara juga telah mempamerkan sifat-sifat insan unggul berhemah tinggi, berintegriti dan sentiasa bersedia menyumbang demi negara.

“Justeru, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar jasa serta pengorbanan Allahyarham bukan sahaja menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia malah wajib dicontohi para pemimpin masyarakat dan politik, demi kemakmuran negara,”katanya menerusi kenyataan itu.

Advertisements

Istana Negara berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita dan menyambut baik inisiatif kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), mengadakan program pada hari ini bagi memperingati jasa dan bakti Allahyarham sempena sambutan Bulan Kebangsaan, tahun ini.

“Selain memperingati jasa dan memberi penghormatan, ia juga dapat memupuk serta menaikkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.

“Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan meraka yang beriman dan para solihin,”tambah kenyataan itu.

Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini. Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat bersama mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan berkekalan serta dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan