30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Qobin sertai PN, sah keluar UMNO

Keputusan dibuat setelah merasakan perjuangannya selama menjadi Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Bahagian berhubung prinsip 'No DAP' dan 'No Anwar' setelah PRU15 hanya sia-sia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Rabu sekali gus keluar daripada UMNO.

Pengumuman itu dibuat beliau yang dikenali Qobin menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah merasakan perjuangannya selama menjadi Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Bahagian berhubung prinsip ‘No DAP’ dan ‘No Anwar’ setelah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya sia-sia.

“Apa guna mesyuarat tiap-tiap bulan akhirnya ditipu hidup-hidup dan diperbodohkan.

“Saya lebih percaya kepada kekuatan Muafakat Nasional yang sewajarnya menerajui negara. Tetapi apakan daya, segelintir pemimpin UMNO telah merosakkan segala usaha yang dibina,”katanya.

Jelasnya, beliau memilih menyertai PN hari ini selepas hari penamaan calon agar rakyat tahu, bahawa beliau bukanlah mengejar jawatan dan calon.

“Sebaliknya ingin memperkukuhkan penyatuan bangsa Melayu. Kalau saya kejar jawatan, buat apa saya keluar UMNO? Kan UMNO bersama kerajaan kini? Lagi senang saya ikut je kerajaan.

“Jadi tak perlu nak menambah dosa fitnah-fitnah jahat cybertrooper dan orang yang tidak mengenali saya menuduh yang bukan-bukan. Susah nanti nak jumpa saya di akhirat.

“Lagipun saya hanya keluar parti dengan baik, bukan keluar Islam. Jadi saya pesan, jadilah orang yang memperjuangkan Islam dan orang Melayu yang beradap dan bermaruah,”katanya.

Bagaimanapun, kata bekas Ketua Pemuda Lembah Pantai itu, beliau masih ada kawan-kawan dalam UMNO yang hebat dan baik.

Advertisements

“Mereka tetap sahabat saya. Mana tahu esok lusa PN dan BN kembali bergabung kan,”ujarnya.

Menurutnya, kerajaan kini sudah diberikan mandat dan sewajarnya perlu menunaikan apa yang dulunya telah dijanjikan kepada pengundi dan rakyat.

“Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya minta kerajaan perlu kerja keras dan buktikan dengan jelas apa yang telah dilaksanakan.

“Yang baik saya sokong yang tidak betul saya perlu suarakan asalkan rakyat mendapat manfaat.

“Kos sara hidup meningkat, ekonomi merudum, ringgit jatuh teruk, minyak tak turun-turun, gaji tidak naik, elektrik naik, OPR (Kadar Dasar Semalaman) bank mencanak, harga barang tidak mampu dikawal, akhirnya rakyat jadi mangsa,”katanya.

Dalam pada itu, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dalam UMNO yang pernah bersama-sama berjuang kerana ia adalah pengalaman dan kenangan yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit.

“Lagi-lagi ketika kita kali pertama menjadi pembangkang. Habis semua kita bergadai bersama bersengkang mata membawa parti kembali bernyawa.

“Semoga ukhwah kita tetap terjaga dan teruslah berjuang.. Mohon maaf di atas segala kekurangan sepanjang perjuangan saya dalam UMNO. Parti ini yang tetap sentiasa saya hormati dan sayangi walaupun tidak bersama lagi,”katanya.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan juga Dato Seri Takiyuddin Haji Hassan kerana sudi menerima hasratnya untuk bersama.

“Terima kasih juga ayahanda Fauzi Abu Bakar Ketua Pesuruhjaya PAS Lembah Pantai yang menemani saya dan sentiasa mendoakan saya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan