26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KL Sentral bakal dibangunkan semula

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju untuk membangunkan semula Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) menjadi stesen lebih moden dan canggih yang melibatkan kos melebihi RM1 bilion.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pembangunan semula itu membabitkan kerjasama dengan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) yang merupakan pemaju keseluruhan projek KL Sentral.

Katanya, projek tersebut melibatkan penswastaan tidak melibatkan implikasi kos kewangan kepada kerajaan kerana ditanggung sepenuhnya oleh syarikat berkenaan.

“Ini projek penswastaan yang tidak melibatkan dana kerajaan. Kita akan dapat satu stesen (baharu) yang lebih moden, canggih untuk keperluan penumpang.

Advertisements

“KL Sentral merupakan hab pengangkutan awam paling penting, terdapat pelbagai mod pengangkutan awam seperti KLIA Ekspress, MRT, LRT, KTMB,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini.

Beliau berkata, pembangunan semula KL Sentral penting kerana kapasiti sedia ada hab pengangkutan awam negara itu tidak mampu menampung jumlah penumpang.

“KL Sentral merupakan hab pengangkutan awam paling awal. KL Sentral direka untuk ambil 100,000 orang sehari tetapi setakat ini ia mencecah 200,000 penumpang dalam sehari. 

“Jadi penggunaan KL Sentral sangat padat ketika ini. Kalau kita berada di waktu puncak, memang ramai orang berada di sana,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan