26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

SSM jalin kerjasama dengan KPT

wujud persekitaran perniagaan kondusif dalam kalangan pelajar IPT

Mesti Baca

MAHU memberi peluang lebih ramai mahasiswa untuk menceburi bidang keusahawanan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), hari ini.

Di samping itu, kerjasama strategik ini bagi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan dalam usaha membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif.

Majlis Menandatangani kerjasama itu disaksikan oleh Timbalan Menteri PDN, Senator Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Dalam ucapannya, Senator Fuziah memaklumkan, melalui MoU ini, SSM membuka peluang kepada pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) sepenuh masa untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

“SPPP telah diperkenalkan pada 23 Disember 2020 untuk membantu golongan usahawan kumpulan B40, pasangan suami dan isteri golongan B40 serta pelajar IPT sepenuh masa bagi mendaftarkan perniagaan secara percuma,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian,Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz.

Advertisements

Sementara itu, Mohammad Yusof turut memaklumkan kolaborasi KPT bersama SSM ini adalah selari dengan aspirasi Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang antaranya telah menggariskan hasrat KPT untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

“Dasar Pembangunan Keusahawanan untuk Institusi Pendidikan Tinggi (DPK-IPT 2010) yang telah diwujudkan lebih awal oleh KPT pada tahun 2010 juga telah menetapkan objektif yang jelas untuk meningkatkan bilangan graduan yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selepas tamat pengajian. 

“Ini disusuli dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025 yang mensasarkan matlamat untuk membentuk usahawan siswazah yang kompetitif dan lestari berlandaskan kepada pelaksanaan 3 teras utama iaitu pembentukan Ekosistem Keusahawanan Bersinergi, Kolaborasi Berimpak Tinggi serta Inovasi dan Teknologi dalam Keusahawanan,” katanya.

Katanya, selain itu, mahasiswa juga berpeluang memanfaatkan SSM BizTrust yang diberikan oleh SSM secara percuma bertujuan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan dalam talian yang berhemah di samping membantu merapatkan jurang kepercayaan di antara peniaga dan pembeli dalam talian.

Sehingga 31 Julai 2023, sebanyak 77,259 perniagaan telah didaftarkan di bawah SPPP, di mana sebanyak sebanyak 33,299 adalah terdiri daripada perniagaan yang didaftarkan oleh pelajar IPT sepenuh masa.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan