24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

TVET Jelita sasar penyertaan 150,000 wanita – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyasarkan penyertaan seramai 150,000 wanita dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (Jelita) menjelang 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu jauh lebih tinggi daripada sasaran asal yang menetapkan penyertaan sekitar 15,000 peserta sahaja.

Ini kerana kata beliau, permintaan terhadap program tersebut sangat tinggi dan kini telah mencecah 7,000 permohonan.

“Saya amat teruja untuk memperkenalkan Program Jelita. Satu platform game-changer yang didedikasikan khas untuk memperkasakan golongan wanita di negara ini melalui pendidikan dan latihan kemahiran.

“Inisiatif ini saya ilhamkan dengan tujuan bagi memecahkan tembok yang telah lama menghalang wanita dari mencapai potensi penuh mereka dalam bidang teknik dan vokasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran program TVET Jelita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Program TVET Jelita akan dilaksanakan selama tiga tahun dengan menawarkan kursus dan latihan jangka pendek serta fleksibel untuk memenuhi keperluan peserta.

Melalui kerjasama strategik antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berperanan sebagai penyedia latihan dan fasilitator untuk menyediakan tenaga mahir berkualiti khusus untuk golongan wanita.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua universiti itu akan berkolaborasi dengan 87 penyedia latihan di seluruh negata termasuk universiti awam, politeknik, dan institusi latihan TVET.

Katanya, program itu menawarkan 10 bidang kemahiran dan pensijilan yang lebih tinggi dan luas serta kerjasama dengan 74 rakan strategik bagi memastikan program dan pensijilan yang ditawarkan selaras dengan keperluan industri. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UCAM boleh menerajui usaha penggabungan semua kolej di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah seterusnya dijenamakan sebagai Kolej Universiti TVET Malaysia.

“Ini bermakna, semua kolej di bawah KKDW menjadi cawangan Kolej Universiti TVET Malaysia dengan menawarkan kursus-kursus kemahiran dan teknologi terkini seperti kejuruteraan kenderaan elektrik, teknologi pertanian, dron dan kecerdasan buatan(AI),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan