26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

BN beri laluan Amanah bertanding PRK Simpang Jeram, Pulai 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN NASIONAL memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan merupakan tanda menghormati sesama parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Ini kerana, kata beliau, kedua-dua kerusi tersebut disandang oleh Amanah.

“Kita amat menghormati kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan dan kita tahu bahawa kerusi Parlimen Pulai adalah hak parti Amanah iaitu rakan politik dalam kerajaan dan mereka adalah penyandang.

“Kerusi DUN Simpang Jeram juga kepunyaan parti Amanah. Maka atas semangat Kerajaan Madani, kita akan dukung kedua-dua kerusi itu ditandingi rakan-rakan parti Amanah,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program TVET Jelita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan diadakan serentak pada 9 September depan.

Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Ogos sementara pengundian awal bagi kedua-dua kerusi tersebut adalah pada 5 September.

Kerusi kedua-dua kawasan itu kosong selepas penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam ketika ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan