26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Soundcircus Festival 2023 berlangsung hebat

Mesti Baca

Lebih 6,000 pengunjung hadir menyaksikan festival muzik terbesar tanah air, Art Of Speed Malaysia (AOSM) yang berlangsung pada 19 dan 30 Julai lalu.

AOSM yang turut mendapat kerjasama peranti elektronik, BRO Asia dan kali ini jenama motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson itu boleh dikatakan berjaya dan berlangsung hebat apabila rata-rata mereka yang hadir berpuas hati.

Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus, Asep Ahmad Iskandar berkata, acara pada kali ini telah menyaksikan lebih 6,000 penggemar muzik bergenre rock punk dan ska berhimpun pada kedua-dua hari festival muzik ini berlangsung.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, SoundCircus terus mara menjadi salah satu tumpuan utama ketika acara tertutup berskala besar diadakan di dewan besar MAEPS,” katanya.

Advertisements

Soundcircus Festival kali ini turut menyaksikan barisan kugiran ulung membuat persembahan bertenaga seperti Superman Is Dead, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Sindicate.

Antara segmen khas yang ditampilkan ketika berlangsungnya acara itu ialah ‘Battle Of The Bands’ anjuran Harley-Davidson dengan hadiah berupa pakej ke Thailand bagi membuat persembahan di pentas utama Asia Harley Days yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

“Pemenang bagi segmen Battle Of The Bands oleh Harley-Davidson adalah Chltpdy, dimana mereka akan ditaja oleh Harley-Davidson untuk membuat persembahan di festival muzik luar negara,” kata Asep lagi.

Sementara itu, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif jenama BRO Asia, Roman Lai berkata, festival ini telah berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dan pihaknya sangat berpuas hati dengan kejayaan AOSM dalam mengendalikan festival muzik ini sekaligus dapat mempromosikan produk itu kepada lebih ramai pengguna. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PUO, Samsung tubuh pusat pendidikan, kelas hibrid

POLITEKNIK Ungku Omar (PUO) menjalinkan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi menubuhkan pusat pendidikan dan kelas hibrid Samsung bagi...

Lagi Artikel Berkaitan