29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan asing ketika leka melakukan aktiviti menangkap ikan sekitar 88 batu nautika dari Tanjung Kidurong, Bintulu pada pukul 11.30 pagi, Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, menyedari kehadiran Maritim Malaysia, bot tersebut memotong tali pukat dan terus melarikan diri serta enggan memberikan kerjasama.

“Setelah aksi kejar mengejar berlaku, akhirnya bot nelayan itu berjaya dipintas dan ditahan sebelum dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk tindakan lanjut.

“Hasil penggeledahan mendapati lima kru termasuk tekong berumur dalam lingkungan 22 hingga 44 tahun berada di atas bot yang kesemuanya adalah lelaki warga Vietnam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd. Khairol Anuar berkata, kesemua kru yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta gagal mengemukakan lesen bot yang sah.

Advertisements

Katanya, mereka juga tidak mempunyai kebenaran melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara ini.

“Tiada muatan hasil laut ditemui dan dipercayai telah dipindahkan ke bot nelayan asing yang lain.

“Bot dan peralatan menangkap ikan dengan anggaran nilai RM 1 juta disita.

“Kesemua kru beserta bot nelayan asing akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM6 juta dan RM600,000 bagi setiap anggota kru jika disabitkan bersalah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan