26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Agong berkenan sertai pertandingan Golf Amal Istana Negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Kuala Lumpur.

Istana Negara menerusi kenyataan berkata, keberangkatan tiba Baginda pada pukul 7.30 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed.

“Pertandingan yang dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Awam buat kali kedua itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara Istana Negara dan Perkhidmatan Awam.

“Pada pertandingan yang disertai 52 orang pemain itu, Seri Paduka Baginda berkenan mewakili pasukan Istana Negara,” katanya hari ini.

Pasukan Istana Negara diketuai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd. Ariffin.

Pasukan Perkhidmatan Awam pula diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria.

“Pasukan Perkhidmatan Awam muncul juara selepas menewaskan pasukan Istana Negara sekali gus membawa pulang piala pusingan yang dipertandingkan,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan